Resepi Popia Cendawan Cheese Yang Mudah Dan Sedap. Ini dia resepi popia cendawan cheese yang viral itu hari. Saya sudah cuba buat. Lazatnya hingga menjilat jari.

Popia Cendawan Cheese Resepi
Resepi Popia Cendawan Cheese


Resepi Popia Cendawan Cheese Yang Simple Dan Best

  1. Satu tin cendawan butang (potong dadu) 
  2. Dua batang lobak (potong dadu) 
  3. Satu biji bawang holland (potong dadu) 
  4. Tiga batang sosej (hiris kecil) 
  5. Tiga keping burger ayam
  6. Satu tin cream of mushroom prego (tin biru) 
  7. Tiga keping chedar cheesedale
  8. Sedikit susu fullcream
  9. Sedikit butter


Cara Buat Popia Cendawan Cheese


  1. Panaskan satu sudu kecil butter, 
  2. Masukkan bawang holland dan tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan daging burger, kacau kasi hancur dan tidak berketul
  4. Masukkan sosej, cendawan dan lobak dan kacau.
  5. Selepas itu masukkan sos cream of mushroom prego, kacau sampai sebati, 
  6. Kalau pekat sangat  tambah susu full cream tapi jangan bnyak sangat, agak-agak je.
  7. Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam, gula serta garam. 
  8. Bila sudah sebati, masukkan cheese keping tadi, Gaul sampai cheese cair.
  9. Siap.

Jangan lupa untuk sejukkan dulu inti popia cendawan cheese leleh anda tu sebelum memulakan proses menggulung. Selamat mencuba.