Resepi Puding Jagung Kastard Sukatan Cawan. Tadi tiba-tiba teringin nak makan puding jagung kastad atau puding jagung manis, dari kempunan terus pergi ke kedai beli bahan dan buat  sendiri di dapur. Anak-anak pun suka bukan main puding jagung manis ni. Resepi puding jagung simple sahaja, saya guna resepi puding jagung sukatan cawan. Sesapa yang nak tau cara nak buat puding jagung boleh tengok dekat bawah :

Resepi Puding Jagung
Resepi Puding Jagung


Resepi Puding Jagung Lembut Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi puding jagung mudah dan sedap :
  1. Satu cawan tepung kastard
  2. Satu setengah cawan jagung manis (dalam tin)
  3. Suku cawan gula pasir
  4. Tiga cawan air
  5. Satu Setengah cawan susu cair
Bahan Tambahan :

  1. Satu cawan buah-buahan campuran atau koktel dalam tin ( kalau takde pun takpe )

Cara Membuat Puding Jagung

Cara Buat Puding Jagung :

  1. Masukkan buah-buahan campuran atau koktel ke dalam acuan. ( kalau takde abaikan )
  2. Masukkan semua bahan untuk buat puding jagung ke dalam kuali dan kacau.
  3. Selepas itu, masak sampai adunan pekat dan berkilat guna api perlahan.
  4. Angkat dan tuang ke dalam bekas atau acuan yang telah anda sediakan.
  5. Tunggu sampai sejuk dan masukkan dalam peti sejuk.
Jamu ketika masih sejuk. Ada orang cakap kalau letak santan lagi sedap dan lebih manis. Atas selera masing- masing. Saya biasa buat macam ni, lain kali kot akan cuba letak santan. Selamat mencuba kawan-kawan.