Resepi Rendang Ayam Yang Sedap Dan Mudah Simple Senang . Permintaan anak yang umur 7 tahun yang diserang batuk teruk siap termuntah-muntah. Sebelum dia tidur lena dekat jam 11 malam tadi.. Katanya esok pagi nak sarapan rendang ayam drumstick. Masa ibu cuti tidak pula buat permintaan macamni. Esok ibu kerja penuh masa, masa tu lah dia mengidam. Al- maklumlah tak sihat kan, itulah yang mengada sikit kot.Jadi malam tu juga lah ibu bersilat buat rendang ayam peha khas untuk anak ibu yang tercinta. Saya selitkan resepi rendang ayam simple :

Resepi Rendang Ayam Best Sedap Senang
Resepi Rendang Ayam

Resepi Ayam Masak Rendang  Mudah Dan Sedap Simple

Bahan untuk resepi rendang ayam sangat :

Bahan A : Blend

  1. Lima ulas bawang putih
  2. Lima ulas bawang merah
  3. Dua biji bawang besar
  4. Dua cm kunyit hidip
  5. Dua inci lengkuas
  6. Dua inci halia
  7. Enam batang serai, hiris nipis
  8. Sedikit cili padi
  9. Sepuluh hingga lima belas tangkai cili kering, buang biji serta rebus


Bahan B

  1. Dua belas hingga empat belas ketul ayam
  2. Dua kotak kecil santan kara
  3. Satu cawan air
  4. Satu helai daun kunyit 
  5. Tiga helai daun limau purut dihiris kasar
  6. Satu keping asam keping

Cara Buat Rendang Ayam Sedap

Cara membuat rendang ayam sedap :


  1. Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah disediakan. 
  2. Masak sampai kuah mendidih serta ayam menjadi empuk. 
  3. Selepas itu, masukkan asam keping dan daun kunyit. 
  4. Pada masa ini, kuah perlu selalu dikacau agar santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan guna garam dan gula secukup rasa. 
  5. Kalau kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah rendang ayam tersebut. 


Step akhir, biarkan rendang kering sikit macam yang kita nak dan siap untuk dihidangkan. Cara buat rendang ayam simple je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan Ori Asli Tradisional