Resepi Rendang Kerang Sedap Cili Api Simple Mudah

Resepi Rendang Kerang Sedap Cili Api Simple Mudah. Pergi pasar tadi saya beli kerang dua kilogram. Bila dah rebus dan buang kulit kerang, tinggal dua cawan je. Tapi tak kisah sangat pun, janji dapat makan kerang rendang tengahari nanti. Kawan masa belajar dulu yang duk dekat Negeri Sembilan bukan main suka lagi lauk kerang rendang cili api ni.

Rendang Kerang Sedap
Rendang Kerang Sedap


Resepi Rendang Kerang Cili Api Simple Sedap Mudah

Bahan untuk buat rendang kerang :

  1. Dua puluh biji bawang kecil
  2. Lima ulas bawang putih
  3. Cili api ( terpulang, kalau nak pedas letak banyak )
  4. Lengkuas
  5. Halia
  6. Kunyit hidup


Kisar semua bahan diatas
.
  1. Daun kunyit dihiris halus
  2. Serai yang dihiris halus
  3. Santan ( Sebiji kelapa )
  4. Dua sudu besar kerisik


Cara Masak Rendang Kerang

  1. Tumis semua bahan yang telah dikisar sampai naik minyak
  2. Masukkan santan
  3. Biarkan mendidih sehingga agak pekat
  4. Masukkan kerisik
  5. Biarkan sekali lagi sampai naik minyak
  6. Bila dah nak kering, masukkan kerang bersama bahan-bahan yang telah dihiris tadi

Gaul biar rata atau sampai masak. Siap, dah boleh hidangkan atas meja. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×