Resepi Roti Canai Tanpa Telur Lembut Dan Rangup Sukatan Cawan. Masa balik ke rumah mak di Bachang Melaka, kami adik beradik bermesyuarat untuk gotong royong masak sarapan pagi untuk esok hari. Akhirnya setelah mendapat persetujuan  bersama dalam pembahagian tugas dan menu, saya dipilih sebagai wakil roti canai mamak. Resepi roti canai mudah je, saya guna resepi roti canai sukatan cawan :

Resepi Roti Canai Lembut Rangup
Resepi Roti Canai Simple


Resepi Roti Canai Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi roti canai tanpa telur :

1. Tepung gandum 3 cawan
2. Minyak masak 1 1/2 cawan
3. Gula 1 sudu
4. Air suam 1 cawan

Cara Buat Roti Canai Gebu Simple Mudah Sedap
  1. Masukkan tepung dan minyak masak
  2. gaul sampai sebati
  3. Masukkan gula,garam dan air suam
  4. Kacau sampai larut
  5. Tuang air sikit demi sikit ke dalam tepung. Gaul sampai tepung hanya melekit sedikit sahaja ditangan.
  6. Uli doh sampai tidak lekat di tangan ( elastik )
  7. Bahagikan doh sebesar penumbuk anak kecil dan buat bulat.
  8. Rendam pakai minyak masak hingga tenggelam
  9. Biarkan selama satu jam sebelum canai.
Demikianlah resepi yang saya guna untuk membuat roti canai di rumah mak saya di Bachang Melaka untuk santapan kami sekeluarga setelah sekian lama tidak bersua muka.Semoga bermanfaat.

> Resepi Capati Lembut Sedap Mudah Sukatan Cawan