Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang Original Tanpa Kicap

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang Original Tanpa Kicap. Siap sambal hitam belimbing buluh asli. tanpa letak kicap. Terima kasih encik suami sebab tolong saya tumbuk sampai lumat bahan-bahan yang hendak digunakan tadi.

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh Cara Buat
Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang


Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang Asli 

  1. Bawang besar 3 ulas
  2. belimbing hitam 1 mangkuk
  3. Cili api 30 ulas ikut kepedasan
  4. Bilis yang dikopek 1 mangkuk
  5. Tumbuk bahan2 kasi lumat nye...
  6. Minyak 2 cawan
  7. Garam dan gula secukup rasa..

Cara Buat Sambal Hitam

  1. Panaskan minyak, masukkan lada.Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bilis,  tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang merah dan belimbing. 
  4. Perasakan garam dan gula.
  5. Masak sampai pecah minyak nya.


Cara Masak Belimbing Hitam

  1. Belimbing dan garam di masak dlm periuk, jangan letak air nanti belimbing keluarkan air banyak
  2. Masak sampai hitam, jangan guna periuk cantik. Takut rosak. Ada setengah orang pakai tin susu sahaja. 
  3. Air belimbing tersebut boleh ambil untuk buat cuci ikan bagi hilang hanyir.

No comments:

Post a Comment

×