Resepi Sate Ikan Sedap Lembut Mudah Simple Senang

Resepi Sate Ikan Sedap Lembut Mudah Simple Senang. Lama betul tak makan satay ikan, dulu-masa sekolah di Terengganu selalu beli. Sedap boleh pilih nak kuah pedas atau kuah manis. Orang Kelantan kalau tak silap saya panggil sate ikan ni lokching.

Resepi Sate Ikan Lembut
Resepi Sate Ikan Sedap



Resepi Satay Ikan Lembut Simpe Sedap Mudah

Bahan untuk buat sate ikan :

  1. 10 ekor ikan selayang
  2. Bawang besar
  3. Secawan tepung ubi
  4. Sesudu garam
  5. Sesudu Baking soda
  6. Ajinatomo ( kalau tak nak letak pun tak pe )

Cara Buat Satay Ikan Simple Best Lembut Senang

  1. Sepuluh ekor ikan selayang ( buang tulang )
  2. Tumbuk atau kisarkan isi ikan bersama separuh bawang besar
  3. Bila dah lumat isi ikan tersebut, masukkan setengah cawan tepung ubi
  4. Masukkan sesudu kecil garam, sesudu baking soda dan ajinamoto sikit.
  5. Kisar sampai sebati
  6. Gentel menggunakan tangan anda
  7. Goreng sate ikan sekejap ( jangan lama sangat nanti hangit )
  8. Cucuk pada lidi satay
Kalau tak nak adunan terlekat ditangan, sapukan minyak masak sebelum mula mengentel sate ikan tersebut. Resepi Kuah Satay Ikan nanti saya update. Ada kerja sikit, jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

×