Resepi Serunding Halia

Resepi Serunding Halia. Cerita malam tadi, temankan suami saya siapkan menu untuk berpantang turun temurun yang tidak pernah jemu iaitu Serunding Halia. Rasanya agak pedas dan hangat Selepas makan serunding halia mesti akan asyik terkentut je nanti.

Resepi Serunding Halia Dan Cara Buat
Serunding Halia



Resepi Serunding Halia Mudah Simple Penuh Khasiat

Bahan Untuk Buat Serunding Halia :

Resepi serunding halia sebalang besar saiz macam gambar atas tu, ini sukatannya, 
  1. Halia -2 kg
  2. Ikan bilis ( Ikut suka banyak mana pun, saya pakai ikan bilis mata biru )
  3. Garam Secukup rasa

Cara Buat Serunding Halia
  1. Dua kilogram Halia
  2. Kikis kulit halia dan bersihkan
  3. Toskan sekejap
  4. Selepas itu sagat kasar.
  5. Dah siap sagat, ( toskan air halia) goreng pakai minyak yang banyak sampai halia bertukar warna menjadi warna perang.
  6. Toskan lagi atas tisu dapur
  7. Akhir sekali, goreng ikan bilis kemudian campur dalam serunding halia.
  8. Perasakan dengan garam
  9. Siap

Kepada wanita sahaja, kalau nak rasa sedap lagi makan dengan nasi masa tengah berpantang. Saya dulu mak mertua yang tolong buatkan.serunding halia ni. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment