Resepi Spaghetti Aglio Olio Sedap Mudah Senang Simple. Malam tadi teringin nak dinner dengan makanan Itali. Jadi, masuk dapur dan masak spaghetti Oglio Aglio walaupun takde parmesan cheese dan lemon . Alhamdulillah. Habis licin satu kuali.

Resepi Spaghetti Aglio Olio Sedap
Resepi Spaghetti Aglio Olio


Resepi Spaghetti Aglio Olio Simple Sedap Best Ringkas

Bahan untuk buat spaghetti oglio olio :
  1. Dua biji bawang besar dipotong dadu
  2. Dua biji bawang putih dipotong dadu
  3. Minyak zaitun atau Olive Oil for Cooking
  4. Daun parsley
  5. Tomato cherry
  6. Cendawan butang yang dihiris
  7. Udang segar ( ikut suka banyak mana nak bubuh )
  8. Sotong segar ( ikut suka banyak mana nak bubuh )
  9. Chilli flakes
  10. Oregano flakes
  11. Rosemary ( tak letak pun tak pe. Yang ni saya saja letak sebab kebetulan ada di rumah. Biasanya, Rosemary lebih sesuai untuk perap daging bbq )
  12. Lada hitam yg dikisar dengan pepper grinder ( sederhana kasar )
  13. Garam sesedap rasa

Cara Masak Spaghetti Aglio Olio
  1. Panaskan kuali. dan masukkan minyak zaitun atau Olive Oil for Cooking
  2. Kemudian tumis bawang putih dan bawah merah sampai layu.
  3. Masukkan sotong dan udang. 
  4. Masuk air rebusan spaghetti sikit. 
  5. Gaul sampai masak. 
  6. Masuk cendawan. 
  7. Bubuh garam secukup rasa. 
  8. Selepas itu, perlahankan api.
  9. Masukkan spaghetti yang siap direbus tadi. 
  10. Gaul dengan oregano flakes. 
  11. Masukkan tomato cherry.,sprinkle lada hitam yang dikisar sederhana kasar. 
  12. Gaul hingga rata
  13. Siap.

Kalau nak lagi sedap, masa nak makan taburkan parmesan cheese (cari yang ada cop Halal ) dan sedikit jus perahan lemon. Harap membantu dan bermanfaat. Selamat mencuba.

> Resepi Spaghetti Bolognese Simple Sedap Jimat