Resepi Sup Timun Tua Simple Mudah Sedap Berkhasiat

Resepi Sup Timun Tua Simple Mudah Sedap Berkhasiat. Apabila tibanya musim panas, apa kata kita sejukkan badan dengan sup timun tua. Kalau kawan-kawan nak tau, sup timun tua merupakan salah satu makanan kegemaran kaum Cina sepanjang tahun. Cara buat pun sangat senang.

Resepi Sup Timun Tua Simple
Resepi Sup Timun Tua


Resepi Sup Timun Tua Sedap Senang Ringkas

  1. Air
  2. Sebiji timun tua yang dah siap dibuang biji serta dibersihkan
  3. Seketul Ayam Tight
  4. Tiga biji Kurma
  5. Garam secukup rasa
  6. Sotong Kering ( tak letak pun tak pe )



Cara Masak Sup Timun Tua

  1. Didihkan air secukupnya untuk sup. 
  2. Masukkan sebiji Timun Tua, seketul ayam tight dan tiga biji kurma merah
  3. Rebus dalam masa kurang lebih satu setengah jam
  4. Perasakan dengan sedikit garam
  5. Siap

Kalau ada sotong kering, letaklah dalam dua inci sebagai penambah rasa. Kalau takde atau tak nak letak pun boleh je. Apa apa pun, selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment