Cara Buat Ketupat Sotong Sedap Simple Ringkas Mudah

Cara Buat Ketupat Sotong Sedap Simple Ringkas Mudah. Malam ini saya masak ketupat sotong. Petang tadi makan dekat pejabat kawan Kelantan yang bawa tapi tak cukup sebab dapat sekor sorang sahaja. Apa lagi beli sotong masak dekat rumah baru puas hati makan ketupat sotong. Siapa kata buat ketupat sotong susah? Sebenarnya buat ketupat sotong sangat senang dan ringkas. Begini caranya :

Resepi Dan Cara Buat Ketupat Sotong
Cara Buat Ketupat Sotong


Resepi Ketupat Sotong Kelantan

Bahan untuk buat ketupat sotong :

  1. Satu kilogram sotong ( anggaran dalam 8 ke 9 ekor )
  2. Tiga gelas air
  3. Tiga cawan santan pekat
  4. Satu setengah cawan beras pulut
  5. Dua keping gula melaka
  6. Tiga sudu gula biasa
  7. Sedikit garam
  8. Dua helai daun pandan
  9. Lidi


Cara Membuat Ketupat Sotong

Sotong cuci samapi bersih kemudian toskan.Beras pulut tadi pun cuci bersih-bersih. Kemudian masukkan 3 sudu santan pekat biarkan sekejap dlm 5 minit minit kemudian masukkan beras pulut ke dalam sotong sampai separuh badan sotong dan tutup dengan memasukkan kepala sotong semula dan mencucukkan lidi di kepala sotong seperti dalam gambar diatas. Ulang cara yg sama sehingga kesemua sotong sudah disumbat dengan beras pulut. lebihan beras pulut hendaklah ditabur ke dalam periuk sotong tujuannya bagi memekatkan kuah nanti. Setelah selesai masukkan santan pekat tadi, air dan daun pandan. letak atas api dan tutup biarkan mendidih dalam 5 minit. Setelah mendidih masukkan gula melaka dan gula biasa serta garam. Ada setengah orang suka masukkan gula melaka saja tapi saya suka masukkam kedua-dua nya. masak sampai kuah jadi pekat dan berkilat. Okey, selamat mencuba

1 comment:

  1. pernah makan ketupat sotong ni. kawan bawa dari klate. memang sodappp

    ReplyDelete