Cara Elak Sayur Kubis Dimakan Ulat. Sesiapa yang ada tanam kubis di rumah mahupun kebun, jom saya kongsikan petua hindar ulat makan kubis anda. Diharap perkongsian mengenai cara elak ulat makan sayur kubis dapat membantu dan memberi sedikit manfaat kepada anda.

Elak Kubis Dimakan Ulat
Cara Hapus Ulat Kubis


Cara Hindar Ulat Makan Kubis

Bahan untuk buat racun organik ulat sayur :

  1. Kisar sebiji labu bawang putih, 
  2. Tiga hingga lima biji cili,
  3. Sedikit halia 
  4. Secawan air. 
  5. Biarkan semalaman. 
  6. Esoknya tapis dan campur lagi dengan lima liter air. 
  7. Campurkan dengan sabun pencuci pinggan

Sila sembur sekali sehari, Samaada pada awal pagi atau lewat petang. Cukup berkesan bagi menghapuskan ulat pemakan sayur. Kerana saya pun pernah kena dan menggunapakai kaedah ini.. Jika teruk, buat dua hari sekali. Biasanya sekali pun elok dah. Selamat mencuba.