Cara Membuat Rayuan BR1M Tak Lulus Ada SSM. Memiliki SSM bermakna anda mempunyai suatu perniagaan yang mana terdapat transaksi wang keluar masuk dan keuntungan. Jadi anda mestilah serahkan laporan penyata kewangan perniagaan anda. Kerajaan nak semak pendapatan awak banyak mana setiap bulan sebelum bagi kelulusan permohonan BR1M. Kalau tak serahkan laporan kewangan, kerajaan anggap untung perniagaan anda setiap bulan melebihi syarat kelayakan penerima BRIM Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Cara Membuat Rayuan BRIM
Cara Membuat Rayuan BRIM


Cara Buat Rayuan BRIM Sebab SSM

Khas pemohon BRIM tidak lulus kerana maklumat pendapatan pemohon/ pasangan/ tanggungan perlu pengesahan SSM :

1) Anda boleh membuat rayuan, kalau anda masih perlukan BRIM tersebut.

2) Pergi ke SSM dan dapatkan pengesahan dari pihak SSM

3) Sediakan semua maklumat perniagaan anda, terutama penyata kewangan perniagaan anda Kalau tiada akaun perniagaan. sila mintak advice dari pihak SSM.

Bila semua dokumen telah dapat pengesahan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sila ke LHDN berhampiran untuk kemaskini maklumat pendapatan anda untuk kelulusan BRIM.