Cara Penjagaan Pokok Bunga Ros Hidup Yang Betul Banyak Bunga. Dulu kalau beli pokok bunga ros di nursey memang masa beli je lah dapat tengok bunganya. Jangan kata nak tengok bunga, pokok dapat hidup subur pun dah cukup bertuah Tapi lepas dapat petua cara penjagaan bunga ros hidup dari seorang kawan dan cuba amalkan memang menjadi tips menjaga bunga ros yang dikongsikannya. Non stop blooming,  siap dapat buat anak pokok bunga rose lagi. Syukur. Jom saya kongsikan cara menjaga pokok bunga ros agar berbunga lebat :

Cara Penjagaan Bunga Ros Hidup Bunga Lebat
Cara Penjagaan Bunga Ros Hidup


Cara Jaga Pokok Bunga Ros Hidup Subur Lebat Berbunga

Petua jaga pokok bunga ros :

  1. Lepas beli daripada nurseri, sila pindahkan ke pasu yang lebih besar. Biasanya nursery akan jual dalam sepasu ada empat batang pokok, jadi keluarkan dan tanam balik dua pokok dalam satu pasu.
  2. Letak di tempat yang mempunyai pencahayaan yang baik.
  3. Letak baja kulit telur
  4. Sentiasa belai pokok bunga ros dengan cara membuang daun-daun rosak. Bila ada daun yang kuning kena cabut cepat-cepat dan apabila bunga bunga sudah terlajak kembang sila gunting. 
  5. Jangan biarkan bunga sampai layu kerana akan memberi kesan kepada pokok, silap hari bulan pokok bunga ros mati. 
  6. Siram dua kali sehari pagi dan petang pada pangkal pokok bunga ros.

Itulah sahaja tips cara menjaga pokok bunga ros hidup subur dan berbunga lebat. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

> Cara Jaga Pokok Mulberi Dengan Betul Banyak Buah Besar