Cara Tanam Daun Bawang Dalam Bekas Telur. Salam semua. Dah masak ke belum hari ini ? Saya nak kongsikan satu langkah untuk kita berjimat cermat dalam mendapatkan sayur-sayuran yang segar, bebas bahan kimia dan halal. Jom kita tanam daun bawang. Mudah, murah dan simple sahaja cara tanam pokok daun bawang. Dan, yang paling utama adalah tak pakai tanah langsung.

Tanam Daun Bawang Dalam Sarang Telur
Tanam Daun Bawang Dalam Sarang Telur


Cara Tanam Daun Bawang Dalam Sarang Telur

  1. Sediakan bekas telur
  2. Letakkan bawang ke dalam lubang bekas telur
  3. Siram tiap hari pakai spray agar sarang telur sentiasa basah, atau
  4. Kalau tiada spray letak dekat dengan sinki, bila basuh tangan renjis-renjiskan sarang telur tersebut.

Tak kena cahaya matahari pun akan hidup daun bawang ni. Jimat dan senang bila nak guna daun bawang dalam masakan.  Selamat mencuba.

> Cara Lipat Pandan Jadi Bunga Mawar