Daging Masak Merah Ala Thai Sedap Simple Ringkas

Daging Masak Merah Ala Thai Sedap Simple Ringkas. Assalamualaikum semua. Tengahari tadi saya masak daging merah Thai. Pada yang nak cuba,saya kongsikan resepi daging masak merah thai dan cara buat daging masak merah thai sekali. Moga bermanfaat.

Daging Masak Merah Ala Thai Sedap
Daging Masak Merah Ala Thai


Daging Masak Merah Ala Thai Mudah Special Senang 

Cara membuat daging masak merah ala thai :

  1. Rebus daging dengan pewarna merah hingga empuk, hiris daging sederhana nipis dan selepas itu goreng separuh garing.
  2. Ketuk bawang putih, hiris halia dan tumiskan. Masukkan cili kering yang siap dikisar, tumis hingga garing, masukkan cili sos, sos tomato serta sos tiram, masuk air rebusan sikit, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masuk daging, gaul sampai rata, letak sos ikan dan gula.
  4. Masukkan kacang panjang, tomato, cili padi ketuk, bawang besar serta daun limau purut.
  5. Siap
Dah boleh jamu dengan nasi putih. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment