Khasiat Pokok Semalu Kebaikan Kelebihan Dan Manfaat. Salam saya cuma hendak kongsikan tentang khasiat pokok semalu yang selalu menjadi musuh kepada halaman rumah dan kebun kita.

Kelebihan Pokok Semalu
Khasiat Pokok Semalu


Khasiat Pokok Semalu Untuk Kesihatan Manusia

Kerana tak tahan sangat gatal pada tapak tangan ( ada ruam ). Dah cuba letak ubat klinik namun masih tidak berkurangan. Jadi saya mengambil langkah :

1. Cabut pokok semalu dari akar sampai pucuk.
2. Potong ranting kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk.
3. Rebus pokok semalu dengan air paip sampai mendidih dan tutup api.
4. Biarkan seketika sampai air rebusan menjadi sedikit suam. 
5. Agak-agak sudah boleh celup tangan , tapis dan celup tangan ke dalam air rebusan kurang lebih 10 minit.

Alhamdulillah. setelah amal beberapa hari dah kering ruam  pada tapak tangan saya dan sudah tak gatal lagi. 
Minggu lepas saya buatkan air rebusan pokok semalu kepada adik lelaki saya yang ada masalah cekam kuku, ruam dan kurap air di celah-celah jari kaki. Dengan sekali rendaman sahaja sudah kering masalah kurap air tersebut. Sesiapa yang ada masalah sama, bolehlah cuba amalkan kaedah diatas dan sesiapa yang tahu tentang khasiat pokok semalu yang lain boleh kongsikannya pada ruang komen dibawah. Terima kasih.

> Khasiat Kacang Bendi Ubat Sakit Lutut