Resepi Apam Kickapoo Sedap Lembut Gebu Mudah Simple

Resepi Apam Kickapoo Sedap Lembut Gebu Mudah Simple. Sarapan apa hari ni ? Saya dan keluarga makan kuih apam kickapoo bersama teh tarik goreng dalam periuk. Jangan pelik dengan nama apam ni, saya saja saja je letak nama kek apam kickapoo sebab saya guna air gas kickapoo joy juice dalam adunan.

Resepi Cupcake Simple
Resepi Cup Cake Apam Polkadot


Resepi Kuih Apam Kickapo Mudah Ringkas Gebu Lembut

Bahan untuk buat cupcake apam kickapoo :


  1. 250 gram tepung gandum ( saya guna tepung gandum blue key ).
  2. 220 gram gula castor.
  3. Dua biji telur.
  4. Satu cawan air kickapoo joy juice.
  5. Satu sudu teh esen vanila.
  6. Satu sudu tehovalette.
  7. Kertas cawan secukupnya.
  8. Pewarna


Cara Buat Apam Kickapoo

  1. Pukul telur, gula, esen vanila dan ovalette sampai kembang ( bila di terbalikkn adunan tak jatuh ke bawah ), masukkan tepung dan air kickapoo joy juice secara selang seli.
  2. Setelah sebati bahagi kepada beberapa mangkuk dan warnakan mngikut citarasa anda


Akhir sekali, masukkan dalam cupcake dan kukus selama sepuluh hingga lima belas minit atau sampai masak. Selamat mencuba.

Resepi Apam Beras Lembut Gebu Sukatan Cawan

No comments:

Post a Comment