Resepi Apam Susu Mudah Gebu Lembut Sukatan Cawan

Resepi Apam Susu Pelangi Mudah Lembut Gebu Kukus Sukatan Cawan. Siapa suka makan kek apam susu pelangi kukus? Jom saya kongsikan resepi apam susu sukatan cawan yang lembut dan gebu. Cara buat apam susu pun simple dan mudah sangat.

Resepi Apam Susu Kukus Pelangi
Resepi Apam Susu Pelangi


Resepi Apam Susu Sukatan Cawan

Bahan untuk buat apam susu :
  1. Empat biji telur ayam
  2.  Satu sudu teh esen vanila
  3. Satu sudu besar ovalet
  4. Empat sudu besar susu pekat
  5. Dua cawan tepung gandum
  6. Satu cawan gula
  7. Pewarna


Cara Membuat Apam Susu

  1. Pukul telur, vanila, ovalet, gula sampai kembang gebu dan putih.
  2. Masuk susu pekat  dan kembali pukul.
  3. Masuk tepung dan kacau sampai sebati.
  4. Kalau nak warnakan bahagi kan kepada beberapa bhagian Warnakn sesuka hati mengikut citarasa anda.

Akhir sekali, kukus kek apam susu anda selama empat puluh lima minit atau sampai masak. Siap untuk dihidangkan buat santapan keluarga.

No comments:

Post a Comment