Resepi Ayam Masak Butter Cheese. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Tak payah lauk lain dah..Secukup rasa, manis masin lemak pedas. Cuma tiada rasa masam sahaja.

Resepi Ayam Masak Butter Cheese
Ayam Masak Butter Cheese


Resepi Ayam Goreng Butter Cheese Sedap Mudah Simple Ringkas

Bahan untuk buat Ayam Butter Cheese :

  1. Ayam
  2. Telur
  3. Tepung Gandum
  4. Garam
  5. Gula
  6. Serbuk Kari
  7. Cili padi
  8. Susu cair
  9. Cheese

Cara Masak Ayam Butter Cheese
  1. Perap ayam sekejap dengan adunan tepung gandum, telur, serbuka kari, garam, dan gula.
  2. Kemudian, goreng ayam
  3. Panaskan butter dan tumis cili padi dan lada kecik
  4. Masukkan dua sudu susu cair
  5. Masukkan garam, gula dan kacau.
  6. Masukkan cheese
  7. Masukkan ayam goreng tadi
  8. Gaul sampai ayam bersalut dengan cheese.

Siap. Yang suka masam masam, boleh perah limau nipis atas ayam butter cheese. Selamat mencuba.