Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Simple Senang Ringkas. Bismillah. Sudah lama rasanya tidak masak lauk ayam masak halia. Resepi ayam masak halia warisan dari arwah nenek diturunkan kepada mak dan sekarang mak ajar pula kepada saya. Antara lauk orang dalam pantang walaupun  sekarang sebenarnya tiada siapa pun yang bersalin di rumah saya. 

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah
Resepi Ayam Masak Halia

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Sedap Special Senang

Resepi main agak-agak sahaja :

  1. Seekor Aym
  2. Setengah kilogram Halia
  3. Kunyit hidup ( agak-agak sahaja nak bagi  kuah warna kuning )
  4. Bawang merah
  5. Bawang putih
  6. Lada hitam
  7. Garam
  8. Serbuk perasa


Cara Buat Ayam Masak Halia
  1. Kisar semua bahan-bahan yang telah dinyatakan kecuali ayam
  2. Kemudian, tumis sampai garing
  3. Masukkan ayam dan masak hingga ayam masak
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  5. Siap
Nanti kalau ada masa terluang, saya kongsikan pula resepi ayam masak halia chinese style untuk kawan-kawan semua. Jumpa lagi.