Resepi Begedil Kentang Mudah Sedap Ringkas Simple Senang. Malam ini saya dinner makan telur gulung bersama begedil kentang sosej, sepatutnya  begedil daging atau ayam cincang. Tapi ayam dan daging tiada stok, saya gantikan dengan sosej.

Resepi Begedil Kentang Mudah
Resepi Begedil Kentang


Resepi Begedil Kentang Daging Sedap Simple Rangup Mudah

Bahan untuk buat begedil kentang :
  1. Setengah kilogram kentang
  2. Empat batang sosej atau daging cincang
  3. Bawang besar  yang telah di potong dadu
  4. Daun sup yang siap dihiris
  5. Bawang goreng
  6. Serbuk lada sulah
  7. Garam
  8. Dua biji telur ( pukul )


Cara  Membuat Begedil Kentang

Cara buat begedil kentang senang sahaja :

  1. Kupas kentang dan potong secara sederhana nipis. 
  2. Basuh dan toskan. 
  3. Goreng sampai masak, angkat dan toskan. 
  4. Lenyek atau tumbuk sampai lumat ketika masih panas. Asingkan sekejap.


Masukkan semua bahan kecuali telur ke dalam bekas yang telah disediakan. Gaul sampai rata serta masukkan garam. Rasa sikit untuk seimbangkan rasa. Ambik sedikit adunan begedil dan dikepal serta bentukkan bulat dan kemudian dileperkan sedikit.  Celup dalam telur dan goreng. Minyak tak perlu banyak sangat.