Resepi Belebat Ubi Keledek Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Belebat Ubi Keledek Kukus Daun Pisang Sedap Mudah Sukatan Cawan. Memalam tadi bantu ibu buat satu lagi kuih tradisional. Kuih belepat ubi keledek kukus. Sedap bebenor air tangan ibu, rasa lemak santan yang seimbang dengan manisnya.

Resepi Belebat Ubi Keledek Mudah
Resepi Belebat Ubi Keledek


Resepi Kuih Belebat Ubi Keledek Sukatan Cawan Simple Ringkas

  1. Satu cawan tepung beras
  2. Dua cawan santan
  3. Empat sudu besar gula
  4. Satu ketul ubi keledek saiz sederhana ( potong dadu dan direbus sampai empuk )
  5. Daun pisang untuk membungkus


Cara Buat Belebat Ubi Keledek
  1. Masak tepung beras, santan dan gula sehingga hampir pekat. 
  2. Masukkan ubi yang telah direbus tadi dan masak sampai kental. 
  3. Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dibungkus macam kuih koci.


Kukus lebih kurang lima belas minit dan siap. Biarkan seketika untuk bagi kueh belebat ubi sejuk sikit dah boleh makan.

No comments:

Post a Comment