Resepi Biskut Sampan Sukatan Cawan

Resepi Biskut Sampan Tradisional Sukatan Cawan. Malam ini kita buat perahu penuh yang penuh dengan muatan buah-buahan. Nasib tak kena saman dengan abang JPJ. Berbiskut lagi kita malam ni untuk latihan sebelum hari raya menjelma. Resepi biskut sampan mudah saya ada kongsikan dibawah :

Resepi Biskut Sampan Sukatan Cawan
Biskut Sampan Sukatan Cawan


Resepi Biskut Sampan Sedap Rangup Mudah Simple Ringkas

Bahan untuk buat biskut :

  1. Satu buku butter
  2. Satu cawan gula castor ( kurangkan jika tak suka manis)
  3. Satu biji telur
  4. Satu sudu teh Esen vanila
  5. Satu sudu teh baking powder
  6. Tepung gandum
  7. Ceri merah dan hijau


Cara Membuat Biskut Sampan
  1. Mixkan butter bersama gula sampai sebati.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi sampai rata
  3. Masukkan essen vanila serta baking powder.
  4. Masukkan tepung sikit demi sikit dan uli sebati sampai doh sudah tidak melekat  pada tangan dan lembut serta senang ditekan ke dalam acuan.


Resepi Inti Biskut Sampan

Bahan Inti Biskut Sampan :
  1. Setengah cawan butter
  2. Setengah cawan guka
  3. Dua cawan kelapa kering
  4. Satu biji telur
  5. Satu kotak kecil Mix fruit  ( 150 gram )
  6. Setengah penutup aisen vanila


Cara Membuat Inti Biskut Sampan

  1. Mixkan gula dan butter sampai sebati
  2. Masukkan telur dan aisen vanila  mix lagi sampai sebati.
  3. Masukkan kelapa dan mix fruit serta kacau dengan senduk sampai sebati.


Cara Buat Biskut Sampan
  1. Masukkan doh dalam acuan sampan. Tekan dan lekukkan ditengah untuk letak inti.
  2. Masukkan inti kelapa dan mux fruit ratakan serta hias dengan hirisan ceri merah dan hijau.


Bakar dalam oven pada suhu 150c guna api atas bawah selama dua puluh minit atau sampai permukaan atas biskut sampan bertukar keperangan (perang baru sedap.Biskut sampan lebih garing dan rangup).

No comments:

Post a Comment