Resepi Biskut Sarang Semut Sukatan Cawan

Resepi Biskut Sarang Semut Sukatan Cawan. Tu dia resepi biskut raya mudah datang lagi. Kali ini saya buat biskut sarang semut. Resepi biskut sarang semut simple sahaja, saya guna resepi kuih sarang semut sukatan cawan. 

Resepi Biskut Sarang Semut
Resepi Biskut Sarang Semut


Resepi Biskut Sarang Semut Sedap Dan Mudah 

Bahan untuk resepi biskut sarang semut rangup :
  1. 250gm butter atau majerin
  2. Satu cawan tepung gandum
  3. Satu cawan tepung jagung
  4. Dua cawan tepung kastard
  5. Satu cawan gula perang.
  6. Dua biji kuning telur
  7. Sedikit pewarna kuning
  8. Esen vanilla
  9. Coklat rice (hiasan)
  10. Paper cup
Cara Buat Biskut Sarang Semut

Cara-cara membuat biskut sarang semut :

  1. Pukul gula dan butter sampai kembang.
  2. Selepas itu, masukkan kuning telur serta esen vanilla.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan tepung kastad. Gaul sampai jadi doh.
  4. Parut doh biskut sarang semut dan letak dalam papercup. 
  5. Tabur coklat rice.

Akhir sekali, Bakar biskut sarang semut pada suhu 175 selama setengah jam atau masak.Ikut kapasiti oven masing-masing. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment