Resepi Biskut Ulat Bulu Sukatan Cawan

Resepi Biskut Ulat Bulu Sukatan Cawan. Ramadhan akan berkunjung tiba, maka hari raya pasti akan kita jumpa. Mesti ramai yang sedang cari resepi kuih raya mudah. Jom saya kongsikan salah satu resepi kuih raya simple iaitu kuih ulat bulu.Cara buat kuih raya mudah dan saya pakai sukatan cawan sahaja.

Kuih Ulat Bulu Sukatan Cawan
Biskut Ulat Bulu Sukatan Cawan


Resepi Biskut Ulat Bulu Mudah Sedap Simple Ringkas


Bahan untuk membuat kuih ulat bulu :

  1. Dua ratus lima puluh gram buttercup
  2. Satu cawan gula icing
  3. Dua sudu makan susu tepung (kalau suka)
  4. Empat cawan tepung jagung
  5. Satu sudu teh vanila

Cara Buat Biskut Ulat Bulu


  1. Kacau gula icing bersama butter samapi sebati.
  2. Masukan susu, vanila dan  kacau sebentar.
  3. Tepung tu campur sikit-sikit sambil gaul bagi jadi adunan yang lembut dan senang untuk ditekan.
  4. Guna acuan biskut untaian.

Akhir sekali bakar pada suhu 140-250 sampai masak ( saya bakar pakai oven dapur gas biasa ). Atas kapasiti oven masing-masing ya. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment