Resepi Kuih Buah Melaka Sukatan Cawan. Mood puasa telah datang. Siapa suka kuih buah melaka aka kuih onde onde. Antara kuih wajib bulan ramadhan dan kuih tradisional kegemaran saya. Resepi buah melaka simple sahaja, saya guna resepi buah melaka mudah sukatan cawan.

Resepi Kuih Buah Melaka Sukatan Cawan
Resepi Buah Melaka Tradisional


Resepi Buah Melaka Kukus Lembut  Ringkas Asli Tradisional

Bahan untuk resepi buah melaka sedap :

  1. Satu cawan tepung pulut
  2. Dua sudu besar tepung beras
  3. Lima helai daun pandan
  4. Gula melaka ( potong bentuk kiub )
  5. Kelapa parut  (gaul bersama garam sesedap rasa)
  6. Pewarna hijau sikit

Cara Buat Kuih Buah Melaka

Cara cara membuat kuih buah melaka :
  1. Kisar daun pandan dengan sedikit air dan tapis. 
  2. Campurkan air pandan tersebut dengan pewarna hijau. Asingkan sekejap
  3. Ambil bekas dan campur tepung pulut dengan tepung beras.
  4. Tuang air daun pandan dengan pewarna hijau tadi ke dalam secara sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
  5. Cubit doh sebesar ibu jari dan leperkan
  6. Letak gula melaka ditengah-tengah.
  7. Gentel bulat.
  8. Panaskan air dalam periuk sampai mendidih.
  9. Masukkan buah melaka ke dalam periuk dan tunggu sampai timbul
  10. Bila sudah timbul, angkat dan toskan pakai penapis.

Akhir sekali, salut kuih buah melaka dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan garam tadi. Gaul sampai rata. Siap, dan selamat mencuba.