Resepi Cheese Tart Gebu Sukatan Cawan. Cheese tart yang gebu gebas sempena hari lahir suami saya yang ke rahsia. Syukur menjadi saya buat cheese tart walaupun kali pertama percubaan. Yang nak resepi cheese tart yang sedap lembut dan mudah saya ada kongsikan di bawah :

Cheese Tart Sukatan Cawan
Cheese Tart Sukatan Cawan



Resepi Cheese Tart Simple Sedap Ringkas Lembut Mudah

Bahan untuk membuat cheese tart :

  1. Setengah buku butter
  2. sedikit aisen vanilla
  3. Satu per empat cawan gula ising
  4. Mix kan dan bila dah sebati
  5. Masukkan sebutir telur
  6. Mix sampai rata
  7. Masukkan dua cawan tepung gandum
  8. Uli hingga jadi doh yang boleh dibentuk
  9. Masukkan dalam peti sejuk selama setengah jam
  10. Keluarkan dan letak dalam acuan.
  11. Cucuk-cucuk dan bakar dalam oven pada suhu 160 selama lima belas minit atau sampai warna bertukar kekuningan


Resepi Inti Cheese Tart

Resepi filling bagi cheese tart pula :

  1. Dua ratus lima puluh gram tartura cheese
  2. Setengah cawan susu pekat
  3. Satu per empat cawan whipping cream
  4. Satu per empat cawan air sejuk peti ais
  5. Kisar kan sampai sebati
  6. Piping atas tart.
  7. Masukkan dalam peti ais.
  8. Siap.
Semoga perkongsian tentang cara buat cheese tart diatas dapat membantu dan memberi sedikit manfaat. Jangan lupa sebarkannya kepada yang lain. Selamat mencuba,