Resepi Cheesy Wedges KFC Sedap Simple Mudah Ringkas

Resepi Cheesy Wedges KFC Sedap Simple Mudah Ringkas. Tadi saya cuba buat kuah sos cheese wedges kfc. Alhamdulilah menjadi, sedap pulak tu. Sesiapa yang nak cuba juga buat boleh ambil resepi cheesy wedges di bawah :

Resepi Cheesy Wedges KFC Sedap
Resepi Cheesy Wedges KFC



Resepi Sos Cheesy Wedges Kfc 

Bahan untuk buat sos Cheezy Wedges :


  1. Tiga atau empat sudu makan butter
  2. Dua ratus lima puluh ml susu segar atau susu cair.
  3. Dua sudu makan tepung gandum
  4. Satu kiub pati ayam
  5. Enam keping cheesedale atau lain-lain jenama pun okey
  6. Serbuk lada hitam sikit
  7. Serbuk lada putih sikit
  8. Pewarna kuning sikit


Cara Buat Sos Cheesy Wedges Kfc


  1. Panaskan butter sampai cair
  2. Masukkan susu dan tepung gandum
  3. Sentiasa kacau sampai sebati
  4. Masukkan cheese, kiub pati ayam serta serbuk lada hitam dan putih.
  5. Masukkan pewarna.
  6. Kacau sampai sebati dan masak


Sos cheesy wedges jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Boleh disimpan dalam peti sejuk. Tahan dalam masa seminggu. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×