Resepi Chia Seed Untuk Kurus Badan Buang Lemak Perut Buncit. Semua  makanan bergoreng memang menjadi kegemaran saya. Chicken chop, kentang goreng, nasi goreng, roti canai dan lain-lain mampu menggoda selera makan saya. Ada kawan-kawan macam saya tak ? Jom, saya kongsikan resepi air detox yang paling mudah dan simple yang selalu saya amalkan bagi menghapus lemak terutama selepas menjamu makanan bergoreng.

Resepi Chia Seed Untuk Kurus
Resepi Air Detox Chia Seed


Resepi Minuman Chia Seed

Bahan untuk membuat air detox chia seed :
  1. 1.5 liter air
  2. Sebiji lemon, dibasuh serta dihiris kepada lapan bahagian
  3. Dua sudu teh chia seed
  4. Sedikit Halia ( nak letak boleh, tak nak letak pun boleh )

Cara buat Air Chia Seed
  1. Masukkan semua bahan yang telah dinyatakan ke dalam bekas minuman yang anda sediakan.
  2. Kacau sikit bagi rata.
  3. Biarkan semalaman dalam peti ais.
Esoknya, sudah boleh minum. Amalkan setiap hari untuk mendapat keputusan yang positif dan berkesan. Selamat mencuba.

>Resepi Air Detox Lemon Dan Halia