Resepi Congo Bar Sukatan Cawan

Resepi Congo Bar Mudah Sedap Sukatan Cawan. Mesti ramai kawan-kawan yang sudah tahu cara nak buat kek conggo bar. Tapi saya nak kongsikan juga kat sini resepi conggo bar cake yang saya buat untuk jualan.Semoga bermanfaat.

Resepi Congo Bar Sukatan Cawan
Congo Bar Sukatan Cawan


Resepi Congo Bar Simple Lembut Gebu Ringkas Senang

Bahan untuk buat congo bar :

  1. Dua setengah cawan tepung gandum
  2. Dua setengah sudu kecil baking powder
  3. 150 gm butter
  4. Satu setengah gula perang
  5. Tiga biji telur
  6. Satu sudu kecil esen vanila
  7. Chocolate chips dan kekacang
  8. Kepingan badam ( tak nak letak pun takpe )


Cara Buat Congo Bar

Cara Membuat Congo Bar :

  1. Ayak tepung bersama baking powder dan asingkan
  2. Dalam bekas lain masukkan gula perang dan butter.Mix sampai sebati
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik serta putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung , baking powder serta garam yang sudah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang. Gaul sampai rata.
  6. Tuangkan adunan congo bar ke dalam loyang yang sudah digris pakai butter serta dialas dengan kertas minyak.


Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam serta chocolate chips kalau anda suka sebagai hiasan. Bakar dalam oven pada suhu 160 setengah jam.guna api atas bawah atau sampai masak. Atas oven masing-masing. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×