Resepi Cream Puff Sukatan Cawan

Resepi Cream Puff Mudah Simple Sedap Sukatan Cawan. Yum yum.Tengah hangat ni pekena creampuffs yang sejuk nyaman dengan filling yang seakan-akan vanilla ice-cream, memang sedap lah. Kalau Azalina Ina tau mesti jeles dia ni. Resipi dan cara buat cream puff  ada saya kongsikan dibawah :

Resepi Cream Puffs
Resepi Cream Puff


Resepi Cream Puff  Whipping Cream Sukatan Cawan Lembut Gebu 

  1. Setengah cawan mentega
  2. Satu cawan air
  3. Satu cawan tepung
  4. Empat biji telur


Cara Membuat Cream Puff


  1. Panaskan air dan masukkan mentega, kacau sampai mentega cair.
  2. Biarkan sampai adunan mendidih, tapi jangan biarkan terlalu lama sangat
  3. Masukkan tepung serta kacau dengan cepat sampai tepung tidak melekat pada periuk.
  4. Adunan tepung mestilah kelihatan kental serta tidak cair sangat.
  5. Biarkan adunan tepung betul-betul sejuk
  6. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
  7. Boleh jugak menggunakan mixer dengan kelajuan yang maksimum.
  8. Adunan yang dihasilkan perlu lah licin dan berkilat.
  9. Masukkan adunan dalam piping beg dan paipkan ikut kreativiti sendiri.
  10. Sebelum membakar renjiskan sedikit air di atas cream puffs.
  11. Tujuan nya bagi menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam cream puffs.

Bakar cream puffs pada suhu 220 pada lima belas minit pertama, dan turunkan ke suhu 190 dan bakar lagi selama lima belas minit. Sebaiknya jangan sapu butter atau marjerin pada loyang. Bimbang nanti cream puffs hangit. Pakai parchment paper.Apabila sudah sejuk, paipkan filling dan tabur dengan snow powder.

1 comment:

nurulsham Saidin said...

Assalamualaikum... saya Nurulsham Saidin novelis. Salam kenal. Saya dah letak link blog awak di blog saya. Hm... sedapnya cream puff... blm pernah buat lagi..hehe.

Post a Comment