Resepi Cucur Badak Utara Lembut Gebu Mudah Sedap Simple. Resepi kuih cucur badak turun temurun. Selalu makan yang ibu saya jual di pasar, hari ini saya cuba buat sendiri cuq badak. Pagi-pagi lagi saya telefon tanya cara-cara buat cucur badak. Yang pastinya menjadi dan rasa sedap lebih kurang macam mak saya buat meniaga. Cucur badak yang lebih kita frozenkan untuk sarapan esok pagi untuk pekena dengan se cawan kopi. Tak boleh dibayangkan kenikmatannya. 

Resepi Cucur Badak Frozen
Resepi Cucur Badak Frozen


Resepi Cucur Badak Utara Asli Original Tradisional Warisan

Bahan untuk membuat cucur badak :


  1. Dua biji keledek merah(rebus)
  2. Dua biji keledek putih(rebus)
  3. Tepung gandum ikut lembut
  4. Secubit garam
  5. Setengah sudu kecil mauripan


Lenyekkan ubi keledek merah dan putih yang telah direbus. Letakkan garam. Gaul sampai rata. Letak mauripan, gaul lagi sampai sebati.Masukkan kan tepung sedikit demi sedikit. Doh cucur badak jangan trelalu lembik,jangan terlalu keras okey.

Resepi Inti Cucur Badak


Bahan untuk membuat inti cucur badak :


  1. Dua batang serai(kisar)
  2. Dua biji bwang besar(kisar)
  3. Dua belas hingga lima belas biji cili kering(kisar)
  4. 5 sudu udang kepal(kisar)
  5. Setengah biji kelapa parut
  6. Satu setengah cawan air
  7. Garam
  8. Perasa
  9. Gula
  10. Serbuk kunyit

Cara Buat Inti Cucur Badak


  1. Masukkan kesemua bahan inti di dalam kuali..
  2. Goreng atau masak sampai kering..


Cara Buat Cucur Badak


  1. Ambil dan bulat-bulat kan doh dan leperkan.
  2. Letakkan inti di bahagian tengah dan tutup. Bulat kan semula pakai tangan serta tekan kan sikit supaya kuih cucur badak menjadi sedikit leper. Akhir sekali, goreng sampai masak.


Resepi cucur badak frozen sama sahaja seperti diatas. Cara frozen cucur badak adalah anda perlu goreng kan sekejap atau separuh masak. Angkat dan toskan. Apabila sudah sejuk, simpan dalam peti ais. Bahagian sejuk beku boleh atau bahagian bawah pun boleh.