Resepi Donut Tanpa Telur Tanpa Uli Sukatan Cawan

 Resepi Donut Gebu Lembut Tanpa Telur Tanpa Uli Sukatan Cawan. Terlebih rajin hari ini buat donut pandan tanpa telur dan tak payah uli tapi gebu dan lembut. Saya suka turunkan ilmu masakan pada anak anak saya. Tiga puluh tahun yang lalu saya masih ingat bagaimana saya membuat kuih basah dan menjaja ke sekeliling kampung dan kilang yang berhampiran dengan berjalan kaki secara bersendirian. Asal usul dan sejarah lama tidak mungkin boleh saya lupakan. Sentiasa saya ingat susah senang saya membesarkan anak-anak yang kadang kala tanpa sedar menitiskan air mata. Syukur.

Resepi Donut Tanpa Uli Tanpa Telur Sukatan Cawan
Donut Gebu Sukatan Cawan


Resepi Donut Tanpa Uli Tanpa Telur  Simple Mudah

Bahan A :
  1. Satu paket yis kering
  2. Dua sudu susu pekat manis
  3. Dua sudu gula pasir
  4. Satu cawan air suam campuran air pandan.
Campurkan bahan ini dan biarkan kembang

Bahan B :
  1. Empat cawan tepung gandum
  2. Dua sudu bessar  marjerin atau butter
  3. Dua sudu teh baking powder
  4. Satu  sudu teh garam
Ramaskan bahan B sampai jadi macam serbuk roti.


Cara Buat Donut

  1. Campurkan bahan A dengan Bahan B dan gaul  sampai rata,
  2. Masukan dalam bekas dan tutup serta biarkan selama satu jam
  3. Adunan memang lembik, tidak payah tambah tepung,
 Lepas perap satu jam,  tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin, kemudian canai dan cetak pakai acuan donutBiarkan doh donut  sekali lagi selama lebih kurang lima belas minit, lepas tu baru boleh goreng. Siap.

No comments:

Post a Comment