Resepi Filling Coklat Sedap Mudah Simple Ringkas Senang. Pagi tadi saya buat filling coklat. Syukur menjadi. Lepas ini, dah tak payah beli dah inti coklat dekat kedai. Petang nanti boleh buat kuih dorayaki untuk anak-anak. Saya guna resepi inti coklat sukatan cawan dan cara nak buat inti coklat ringkas sahaja.

Resepi Filling Coklat Simple
Resepi Filling Coklat



Resepi Inti Coklat Untuk Roti Bun Kuih Pau Dorayaki

  1. Satu cawan susu cair
  2. Suku cawan air suam
  3. Suku cawan gula castor
  4. Suku cawan serbuk koko
  5. Empat sudu besar tepung jagung
  6. Satu sudu teh esen vanilla
  7. Dua sudu besar majerin
Cara Buat Filling Coklat

  1. Campurkn susu cair,serbuk koko dan tepung jagung ke dalam air suam dan kacau sebati 
  2. Kemudian, tapiskan ke dalam periuk masak bersama gula dan kacau sampai likat 
  3. Masukkan pula majerin dan esen vanilla
  4. Kacau rata dan sudah boleh tutup api dapur.