Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Sedap Mudah. Siapa suka ikan cencaru sumbat kelapa? Kita geng. Memang sedap yang kelapa garing diluar selalu berebut dengan anak anak nak makan. Saya dapat resepi ikan cencaru sumbat inti kelapa dari kawan yang tinggal di Kelantan.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Resepi Ikan Cencaru Sumbat


Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Mudah Simple Ringkas

1. Dua ekor ikan cencaru yang siap disiang dan dibelah.

Resepi Inti Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

  1. Kelapa parut
  2. Cili giling
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Halia
  6. Asam jawa
  7. Garam

Cara Masak Ikan Cencaru Sumbat

Cara buat ikan cencaru sumbat kelapa :

  1. Tumbuk bawang, halia
  2. Selepas itu, gaul dengan cili giling  dan asam jawa
  3. Letak sedikit garam
  4. Gaul lagi sampai sebati

Akhir sumbat inti kelapa dalam ikan cencaru dan goreng. Nak bakar pun boleh. Tapi saya lebih suka makan ikan cencaru goreng sumbat sambal. Atas selera masing-masing. Selamat mencuba.