Resepi Ikan Masak Cuka Utara

Resepi Ikan Masak Cuka Utara. Salah satu menu tengahari tadi, ikan masak cuka. Orang utara memang suka sangat dengan lauk ni. Saya kongsikan resepi ikan goreng masak cuka :

Resepi Ikan Masak Cuka Utara
Ikan Masak Cuka Utara


Resepi Ikan Masak Cuka Sedap Mudah Simple Ringkas

Bahan untuk resepi ikan masak cuka yang sedap :

  1. Ikan Goreng ( apa-apa jenis pun boleh )
  2. Bawang besar (hiris)
  3. Halia (hiris)
  4. Bawang putih (hiris)
  5. Cili padi (diketuk)
  6. Tomato (ptong baji)
  7. Cuka secukup rasa
  8. Garam secukup rasa
  9. Air asam jawa sikit


Cara Masak Ikan Masak Cuka

Cara-cara membuat ikan masak cuka :

Tumiskn bahan yang dihiris bersama cili padi menggunakan minyak gorengan ikan sampai naik bau. Kemudian, masukkan cuka dalam dua sudu besar. Masukkan pula air asam jawa. Apabila sudah menggelegak sikit masukkan ikan serta tomato. Perasakan guna garam. Siap.

No comments:

Post a Comment