Resepi Ikan Tongkol Masak Sambal Sedap Mudah Simple. Isi ceramah dari seorang ustaz, katanya antara tips sejukkan hati suami dan cara elak suami dari selalu marah-marah, selalu lah kita sekeluarga makan bersila di atas lantai. Jemput semua, nasi lemak ikan tongkol masak sambal.

Resepi Ikan Tongkol Masak Sambal
Ikan Tongkol Masak Sambal


Resepi Ikan Tongkol Masak Sambal Mudah Senang Ringkas

Cara buat ikan tongkol masak sambal senang sahaja :
  1. Rebus ikan tongkol dengan garam dan asam keping banyak-banyak
  2. Goreng sekejap ikan tongkol tersebut dan asingkan seketika
  3. Tumis bawang dan cili 
  4.  Masukkan gula kerek dan air rebusan ikan serta asam keping nya sekali
  5. Masukkan garam skit jika perlu, sebab air rebusan ikan tongkol dah masin.
  6. Bila sudah pecah minyak, masukkan ikan dan bawang mayang
Sekarang siap, sambal ikan tongkol. Mungkin resepi ikan tongkol masak sambal paling ringkas kot yang saya buat ni antara resepi sambal ikan tongkol yang lain. Selamat mencuba.