Resepi Jeruk Belimbing Buluh Asam Boi

Resepi Jeruk Buah Belimbing Buluh Asam Boi. Betul-betul sedap jeruk belimbing asam boi. Sesiapa yang ada tanam pokok belimbing buluh kalau tak buat jeruk memang akan menyesal. Jangan biarkan belimbing buluh anda jatuh berguguran, membazir. Bila dah buat jeruk, rasa belimbing buluh yang masam akan hilang. Dan yang paling penting, jeruk belimbing buluh nak ratah macam tu saja boleh, nak makan dengan nasi boleh, nak campur dengan sambal belacan pun boleh. Kuah jeruk belimbing buluh pula sedap sampai menjilat pinggan. Ketagih-ketagih.

Jeruk Belimbing Buluh Asam Boi
Jeruk Belimbing Buluh Asam Boi


 Resepi:Belimbing Buluh Asam Boi Mudah Sedap Simple Ringkas

Jeruk Belimbing Buluh Asam Boy
Resepi Jeruk Belimbing Buluh Asam Boy
Resepi Jeruk Buah Belimbing Buluh Asam Boy
  1. Satu kilogram belimbing buluh
  2. Satu mangkuk gula
  3. Setengah cawan cuka
  4. Sepuluh biji cili api
  5. Satu paket besar asam boi
  6. Air masak sejuk


Cara Buat Jeruk Belimbing Buluh

Cara cara membuat jeruk belimbing buluh asam boi :
  1. Buang hujung dan pangkal buah belimbing buluh
  2. Basuh buah belimbing buluh sampai bersih. Toskan hingga kering
  3. Bila buah belimbing sudah kering, masukkan ke dalam botol
  4. Masukkan gula, cuka, cili api dan asam boi
  5. Akhir sekali, masukan air masak separuh dari botol dan tutup bagi rapat.

Goncang botol sikit untuk bagi semua bahan sebati. Biarkan semalam pada suhu bilik. Kembali goncang dan simpan dalam peti sejuk untuk beberapa hari untuk mendapat nikmat jeruk belimbing buluh yang maksimum. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment