Resepi Jeruk Limau Kasturi

Resepi Jeruk Limau Kasturi Mudah Sedap Simple Ringkas. Seperti yang saya janjikan semalam, saya kongsikan  resepi jeruk buah limau kasturi yang paling mudah dan sedap :

Jeruk Limau Kasturi
Resepi Jeruk Limau Kasturi



Resepi Jeruk Limau Kasturi Asam Boi

Bahan-bahan untuk buat jeruk limau kasturi :

  1. Satu setengah kilogram buah limau kasturi
  2. Tiga cawan gula pasir
  3. Satu cawan air masak atau air tapis
  4. Dua puluh lima biji asam boy putih
  5. Enam biji cili padi merah


Cara Membuat Jeruk Limau Kasturi

  1. Rendam limau kasturi di dalam air campuran garam selama dua puluh minit bagi membuang kekotoran yang terdapat kulit limau kasturi.
  2. Bilas dan buangkan tangkai buah termasuk bahagian pangkalnya sekali (macam dalam gambar). Bilas sekali lagi dan toskan.
  3. Potong pakai pisau tajam bagi elak kehilangan jus buah limau kasturi dan buangkan biji-bijinya sampai habis.
  4. Masukkan buah limau kasturi ke dalam mangkuk dan curahkan gula pasir serta air.
  5. Hiriskan cili padi dan masukkan ke dalam mangkuk tersebut
  6. Akhir sekali, masukkan asam boi.


Gaul sampai rata dan sebati.. Simpan dalam peti ais. Lepas semalaman baru boleh makan. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment