Resepi Karipap Pusing Sukatan Cawan

Resepi Karipap Pusing Sukatan Cawan Lembut Gebu Rangup. Kejadian petang ini, karipap pusing inti daging dan kentang untuk santapan bersama ahli keluarga. Sesiapa yang nak cuba buat kuih karipap pusing, resepi karipap pusing rangup dan sedap ada saya kongsikan dibawah :

Karipap Pusing Sukatan Cawan

Resepi Karipap Pusing Mudah Sedap Rangup Simple Ringkas

Bahan untuk membuat kulit karipap pusing :

Doh minyak

  1. Dua setengah cawan tepung gandum
  2. Satu sudu teh garam
  3. Satu per empat cawan minyak ( panaskan )
  4. Setengah cawan air (berhenti masukkan air apabila doh sudah tidak melekat pada tangan


Doh majerin


  1. Satu setengah cawan tepung gandum
  2. Setengah cawan margerin
  3. Dua sudu besar shortening


Cara Buat Karipap Pusing

Cara-cara membuat karipap pusing :

  1. Bulatkan doh sama besar
  2. Masukkan doh majerin ke dalam doh minyak
  3. Kepalkan dan rehatkan seketika
  4. Canai doh dan gulung
  5. Canai lagi dan gulung
  6. Ulang sampai habis
  7. Potong nipis, dicanai dan masukkan inti
  8. Sedia untuk digoreng.
Nota kulit karipap pusing inti kentang daging, masa menggulung sila sapukan sedikit air. Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Salam...saya nak tanya...kalau karipap pusing kalau buat frozen blh bakar kan? Sy pernah cuba bakar dan goreng separa...kalau nak buat frozen...tapi sy tengok kalau goreng lagi cantik berbanding bakar pusar dia nampak lagi cantik...tapi lagi sedap bakar sebab kalau goreng dia mcm berminyak....jadi sy buat bakar jea skrg..jimat minyak dan lagi mudah...

    ReplyDelete
  2. Lagi satu apa beza letak shortening dgn tak..ada tak beza dr segi tekstur dia..teeima kasih..sy pun baru masih dlm proses belajar lagi...tp sy pun dh buat jual...

    ReplyDelete