Resepi Karipap Sardin Sedap Rangup Sukatan Cawan. Jenguk dalam freezer peti ais, stok karipap sardin frozen sudah habis. Jadi hari ini dengan tekun dan penuh kasih sayang, saya buat karipap sardin. Bukan apa, senang bila anak lapar kita boleh terus goreng takpun dia boleh goreng sendiri.


Karipap Sardin Sedap


Resepi Karipap Sardin Simple Sedap Rangup Rapuh Gebu

Untuk resepi kulit karipap yang cantik, kawan-kawan boleh rujuk atau klik pada pautan yang telah saya kongsikan disebelah Resepi Kulit Karipap Rapuh atau Resepi Kulit Karipap Pusing.

Resepi Karipap Inti Sardin

Bahan untuk resepi inti karipap sardin :

  1. Satu kilogram Kentang
  2. Satu tin sardin
  3. Cili api
  4. Bawang putih
  5. Bawang Merah
  6. Garam
  7. Gula
  8. Ajinamoto
  9. Serbuk lada hitam ( tak letak pun takpe )

Cara Buat Karipap Sardin

  1. Potong dadu kentang
  2. Hancurkan sardin
  3. Tumis cili, bawang merah, bawang putih sampai naik bau
  4. Masukkan sardin
  5. Akhir sekali, masukkan kentang
  6. Perasakan inti karipap sardin dengan garam, gula dan ajinamoto
  7. Masak sampai kentang menjadi lembut