Resepi Kek Coklat Cheese Sukatan Cawan

Resepi Kek Coklat Lapis Cheese Kukus Sukatan Cawan. Resepi kek lapis kukus terbaru yang saya cuba. Syukur menjadi. Sesiapa yang hendak cuba buat kek lapis kukus sukatan cawan boleh ambil resepi kek lapis kukus sukatan cawan dibawah :


Resepi Kek Coklat Cheese Simple
Resepi Kek Coklat Cheese


Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Sukatan Cawan

Bahan untuk buat kek coklat cheese :

Bahan A :
  1. Tiga biji telur
  2. Satu cawan gula
  3. Satu cawan susu pekat
  4. Satu cawan susu cair
  5. Satu cawan minyak



Bahan B :
  1. Satu cawan serbuk koko
  2. Satu setengah cawan tepung gandum
  3. Satusudu teh soda baikarbonat
  4. Satu sudu teh baking powder
  5. Satu sudu esen vanilla



Adunan cheese :

  1. 250 gm cream cheese
  2. Setengah cawan gula
  3. Satu biji telur
  4. Satu sudu tepong gandum
  5. Dua sudu air
  6. Satu sudu esen vanila



Cara Buat Kek Coklat Cheese

  1. Pukul semua bahan A sampai kembang
  2. Ayak bahan B dan masukan ke dalam adunan bahan A tadi serta kacau sebati
  3. Pukul sampai sebati adunan cheese


Cara Membuat Kek Coklat Cheese

Lapik loyang dengan kertas atau sapukan dengan sedikit minyak untuk elak kek melekat. Masukan adunan coklat dan kukus selama 20 minit. Selepas masak, masukan adunan cheese dan kukus lagi selama 20 minit. Masukan sekali lagi adunan coklat untuk lapisan terakhir dan sambung kukus selama 20 minit lagi.Siap..

No comments:

Post a Comment