Resepi Kek Coklat Hitam Manis Mudah Sukatan Cawan

Resepi Kek Coklat Hitam Manis Mudah Sukatan Cawan. Assalamualaikum, siap sudah kek hitam manis coklat moist. Bak kata chef Liza, hitam bukan sebarang hitam, siapa makan akan tersenyum dan bertambah manis. Resepi kek coklat hitam manis simple sahaja yang saya pakai, guna sukatan cawan. Jom la cuba buat juga kawan-kawan, sedap dan senang sangat cara membuat kek coklat hitam manis.

Resepi Kek Coklat Hitam Manis Sedap
Resepi Kek Coklat Hitam Manis


 Resepi Kek Coklat Hitam Manis Moist Sukatan Cawan

Bahan untuk buat kek hitam manis :

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Satu cawan gula pasir
  3. Satu cawan serbuk koko
  4. Satu cawan minyak masak
  5. Satu cawan air panas
  6. Dua biji telur
  7. Setengah cawan susu pekat
  8. Setengah cawan susu cair
  9. Satu sudu teh soda bikarbonat
  10. Satu sudu teh baking powder
  11. Satu sudu teh esen vanila

Cara Buat Kek Coklat Hitam Manis

1. Ayak tepung gandum , serbuk koko, soda bikarbonat serta baking powder
2. Mix telur hingga kembang
3. Masukkan susu cair,esen vanila, susu pekat,gula pasir, minyak masak serta air panas ke dalam adunan telur dan mix hingga kembang
4. Masukkan bahan yang siap diayak tadi secara sikit-sikit sambil mix hingga sebati
5. Kukus dalam masa 45 hingga 60 minit atau sampai masak.

Resepi kek coklat hitam manis kukus yang saya kongsikan diatas adalah untuk satu biji kek sahaja. Ni saya buat tiga keping kek, maka kena buat 3 adunan. Satu lagi, jangan lupa sapu minyak masak sikit dalam acuan agar kek tak melekat. Selamat mencuba.

> Resepi Brownies Kedut Simple Sukatan Cawan

No comments:

Post a Comment

×