Resepi Kerabu Sotong Suhun. Walawei, siap sudah kerabu sotong untuk makan tengahari.Terliur tak?Resepi kerabu sotong simple, lima minit siap. Sesiapa yang nak cuba buat kerabu sotong, sila ikuti perkongsian resepi kerabu sotong thai yang mudah dan sedap berikut :

Resepi Kerabu Sotong Suhun
Kerabu Sotong Suhun


Resepi Kerabu Sotong Simple 

Bahan untuk resepi kerabu sotong siam :

  1. Dua ekor sotong saiz sederhana ( cuci bersih dan hiris )
  2. suun sikit ( rendam sampai lembut )
  3. Dua cawan air
  4. Setengah sudu teh garam
  5. Satu sudu teh gula
  6. Satu biji limau nipis


Bahan Hiris:

  1. Satu biji bawang besar
  2. Dua helai daun limau purut
  3. Satu batang serai
  4. Satu batang bunga kantan
  5. Satu biji tomato ( buang biji )
  6. Empat biji cili api ( nak pedas, tambah )
  7. Daun sup


Cara Buat Kerabu Sotong

Cara-cara membuat kerabu sotong suhun :
  1. Didihkan dua cawan air dan celur sotong yang telah siap dihiris selama lima minit. Toskan.
  2. Didihkan kembali air rebusan sotong tadi. Masukkan suhun dan toskan.
Akhir sekali, masukkan semua bahan ke dalam bekas yang telah anda sediakan dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan.Selamat mencuba.