Resepi Kerabu Taugeh Dan Kerang Utara Sedap Simple

Resepi Kerabu Taugeh Dan Kerang Utara Sedap Simple. Siapa suka kerabu kerang taugeh ? Saya nak kongsikan resepi kerabu kerang taugeh, resepi kerabu perut dan resepi kerabu pucuk paku versi utara. Pendek kata cheq nak habak mai resepi kerabu ni, tiga dalam satu. Ikut selera hampa nak letak bahan mentah mana tapi resepi dan cara buat kerabu tetap sama.

Resepi Kerabu Taugeh Kerang
Resepi Kerabu Taugeh Dan Kerang


Resepi Kerabu Taugeh Kerang Mudah Ringkas Senang

Bahan tumbuk :

  1. Satu biji bawang besar
  2. Sebesar ibu jari belacan
  3. Lapan hingga sepuluh biji cili padi
  4. Satu sudu teh garam
  5. Setengah sudu besar gula
  6. Halia sikit

Tumbuk pakai lesung batu semua bahan diatas

Bahan Rebus :

  1. Setengah kilogram kerang. Rebus kopek  dan ambil isi
  2. Boleh juga guna perut lembu. Rebus dan hiris nipis-nipis


Bahan celur :

  1. Satu ikat pucuk paku celur hingga lembut
  2. Seringgit taugeh (celur sekejap jer)


Bahan lain

  1. Setengah cawan santan pekat
  2. Dua paket kecil kerisik atau tiga hingga empat sudu besar kerisik buat sendiri(yang buat sendiri lagi sedap)
  3. Setengah biji limau nipis (perah ambil jus)
  4. Suku cawan air asam jawa (pekat)


Cara Buat Kerabu Taugeh Dan Kerang

Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul atau kacau sampai sebati. Seimbangkan rasa kerabu taugeh kerang anda. Siap dah boleh makan atau  simpan dalam peti ais. Selamat mencuba.

> Resepi Kerabu Mangga Thai

No comments:

Post a Comment