Resepi Kuah Kacang Sate Kajang Mudah Sedap Simple. Ini dia resepi kuah kacang lontong, nasi himpit, satay yang sedap, senang, pekat dan lemak berkrim. Resepi kuah kacang paling mudah dan resepi kuah kacang paling sedap. Simpan siap-siap, nanti bila nak buat kuah kacang boleh rujuk resepi

Resepi Kuah Kacang Sedap
Resepi Kuah Kacang


Resepi Kuah Kacang Nasi Himpit Mudah Ringkas Senang
  1. Satu gengam  cili kering
  2. Kacang tanah yang sudah digoreng dan tumbuk
  3. Empat ulas bawang merah
  4. Dua inchi lengkuas
  5. Satu labu bawang putih
  6. Satu gengam udang kering
  7. Santan
  8. Air asam jawa
  9. Garam, gula, gula perang dan serbuk perasa
  10. Empat batang serai ( dua diketuk, dua lagi kisar.

Cara Membuat Kuah Kacang

  1. Kisar semua bahan sampai hancur lumat, sila pastikan tiada sisa sisa dari cili kering bimbang melekat celah gigi.
  2. Tumis pakai minyak banyak, agar cepat naik minyak.
  3. Masukkan dua batang serai yang diketuk
  4. Dah pecah minyak,  masukkan kacang tanah
  5. Perasakan ia secukupnya mengikut selera anda
  6. Akhir, masukkan dua hingga hingga sudu besar santan pekat

Dah siap kuah kacang homemade, dah boleh dijamu dengan satay atau nasi impit atau longtong atau yang sewaktu denganya. Selamat mencuba.