Resepi Kuih Cara Berlauk Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Lembut Gebu. Dipetang yang indah dan permai ini, saya mahu kongsikan resepi kuih cara berlauk lembut gebu sedap dan  mudah. Kuih cara berlauk adalah antara kuih tradisional kegemaran saya dan keluarga dan resepi kuih cara berlauk simple sangat. Nak bakar dalam oven pun boleh. Saya kongsikan resepi kuih cara berlauk  lembut sukatan cawan :

Resepi Kuih Cara Berlauk Bakar
Resepi Kuih Cara Berlauk


Resepi Kuih Cara Berlauk Mudah Sukatan Cawan Lembut Paling Sedap 


Resepi Kuih Cara Berlauk Mudah
Kuih Cara Berlauk Mudah

Resepi Kuih Cara Berlauk Paling Sedap Mudah Lembut Dan Gebu

Bahan untuk resepi kuih cara berlauk tradisional :

  1. Tiga cawan santan cair
  2. Dua cawan tepung
  3. Dua biji telur
  4. Pewarna kuning
  5. Garam
Cara Buat Kuih Cara Berlauk

  1. Kisar telur, garam, tepung serta santan. 
  2. Tapis adunan dan titik kan pewarna kuning. 
  3. Kacau sampai sebati
  4. Ketepikan sebentar.


Resepi Inti Kuih Cara Berlauk


Inti Kuih Cara Berlauk
Resepi Inti Kuih Cara Berlauk


Bahan untuk resepi kuih cara berlauk inti ayam atau daging  :

  1. 200gram ayam/ daging kisar
  2. Dua sudu besar rempah kari daging yang di bancuh dengan air 
  3. Dua ulas bawang merah,
  4. Dua ulas bawang putih 
  5. Sebatang serai
  6. Daun sup 
  7. Cili merah 
  8. Garam..
Cara Buat Inti Kuih Cara Berlauk

Cara Membuat Inti Kuih Cara Berlauk

  1. Kisar bawang putih bersamamerah. 
  2. Kemudian titik kan serai. 
  3. Panaskan minyak, tumis bawang dan serai. 
  4. Masuk kan rempah kari dan tumis lagi sampai pecah minyak
  5. Selepas itu, masuk kan ayam kisar. Kalau perlu tambah kan air sikit dan masak ayam sampai empuk
  6. Perasakan dengan garam. 
  7. Kacau sebati sampai kering. 
  8. Setelah siap angkat dan asingkan seketika. 

Cara Membuat Kuih Cara Berlauk Sukatan Cawan

Cara membuat kueh cara berlauk :

Panaskan acuan kuih cara berlauk Sapukan sedikit minyak pada acuan.  Tuangkan adunan ( jangan sampai penuh ) dan masukkan satu sudu kecil inti ayam, hirisan cili merah dan tabur kan daun sup. Tutup periuk selama lebih kurang empat minit atau sampai kuih masak. Yang nak bakar oven, masak pada suhu 180 selama lima belas minit atau sampai masak. Siap. Cara buat kuih cara berlauk mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.