Resepi Kuih Lapis Sedap Mudah Simple Sukatan Cawan

Resepi Kuih Lapis Sedap Mudah Simple Sukatan Cawan. Kuih lapis bunga- bunga cinta tempahan pelanggan dari Sarawak. Melapis dengan penuh kesabaran. Walaupun nampak leceh janji permintaan ditunaikan dan pelanggan berpuas hati sudah cukup bermakna bagi saya.

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan
Kuih Lapis Sukatan Cawan


Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan Lembut Ringkas Senang

  1. Dua cawab tepung beras
  2. Setengah cawan tepung gandum
  3. Setengah cawan tepung jagung
  4. Satu cawan santan pekat
  5. Satu cawan gula
  6. Tiga cawan air
  7. Suku sudu garam
  8. Perisa ros
  9. Pewarna merah

Cara Buat Kuih Lapis

  1. Satukan semua bahan kecuali perisa ros. Kisar kemudian ditapis dan bahagikan kepada dua bahagian sama banyak.Satu bahagian diwarna merah dan satu lagi perisa ros.
  2. Setiap lapis dikukus selama tiga minit. Lapis yang terakhir selama 10-15 minit


Bagi mendapatkan lapis yang sekata saya mengguna sudu sukatan saiz 1/2 sudu makan. Selamat melapis semua, jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment