Resepi Kuih Peneram Lembut Mudah Sukatan Cawan. Salam dan selamat petang. Saya baru siap buat kuih peneram  tradisional . Tempat korang panggil apa ya ? Kuih deram, kuih telinga, kuih denderam, kuih derang, kuih dram, kuih neram ? Yang mana satu pilihan kalbu. Resepi kuih peneram mudah dan lembut ini saya dapat dari mak mertua. Hanya guna empat bahan sahaja.

Resepi Kuih Peneram Lembut
Resepi Kuih Peneram


Resepi Kuih Peneram Simple Sedap Ringkas Sukatan Cawan

  1. Satu paket tepung beras cap bunga (500 gram)
  2. Setengah kilogram gula merah (biasa saya pkai 450 gram sahaja sebab tak suka manis sangat )
  3. Satu cawan air
  4. Minyak Masak


Cara Membuat Kuih Peneram

Cara buat kuih peneram ;

  1. Panaskn gula merah bersama air  dan kacau hingga gula hancur.
  2. Apabila gula hampir mendidih terus tutup api. Jangan tunggu sampi mendidih.Takut gula meruap keluar periuk.
  3. Tapis air gula dan masukkan terus ke dalam tepung. 
  4. Kacau sampai sebati (memang adunan akan kelihatan seperti lembik sedikit) dan perap semalaman ( bagi biarkan bancuhan set macam dalam gambar)


Selepas adunan kuih peneram diperap semalaman, sudah. boleh digelek (dilapik antara dua plastik lumur sedikit mnyak) dan ditekap menggunakan acuan dan terus digoreng ke dalam minyak yang betul-betul panas. Macam mana nak tau minyak dah panas? Masa masukkan kuih peneram ke dalam minyak, kuih neram tersebut akan terus terapung. Jika lambat naik, maknanya minyak belum cukup panas. Goreng sampai warna agak kehitaman. Jangan sampai hangus lak. Selamat mencuba.

> Resepi Kuih Keria Gula Melaka Sukatan Cawan